Monday, March 30, 2009

SELAMAT DATANG KE KOMUNITI BESTARI DUN KLEBANG

Lawatan dari Komuniti Bestari Kampung Tun Sardon Pulau Pinang.



Assalamualaikum wbt dan salam muhibbah...

Komuniti Bestari DUN Klebang ini telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan telah diterajui oleh Haji Ramli Bin Abdullah selaku Pengerusi Komuniti Bestari Dun Klebang.

Sejak Komuniti Bestari ini ditubuhkan, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan diantaranya ialah seperti Sambutan Maulidur Rasul, Program Gotong - Royong, Sambutan Hari Kebangsaan, Kenduri Kampung, Majlis Mesra Bersama Pemimpin dan lain - lain lagi.


Selain daripada itu, Komuniti Bestari ini juga turut aktif dalam menghasilkan pelbagai produk termasuklah seperti Belacan, Cencaluk, Kerepek dan Kuih Bahulu.

Kami akan sentiasa memaklumkan tentang sebarang perkembangan yang berlaku di dalam DUN dari semasa ke semasa untuk pengetahuan anda sekalian.

Sekali lagi kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan daripada anda demi kebaikan DUN Klebang sebagai hub informasi di kawasan ini.